Sunday, June 28, 2009

DANA KELUARGA HAJI IBRAHIM


Tujuan penubuhan utama DANA KELUARGA HAJI IBRAHIM ini adalah untuk merapatkan hubungan kekeluargaan salasilah keturunan Allahyarham Haji Ibrahim-Allahyarhamah Zainab Lani yang semakin membesar. Dengan adanya dana ini, Penganjuran pertemuan berbentuk Majlis Jamuan/Kenduri/Sukaneka setiap tahun bakal diadakan dan diharap kehadiran semua lapisan keturunan (anak/cucu/cicit dan seterusnya..insyallah) dapat dihadiri seramai yang boleh.

Satu mesyuarat penubuhan telah diadakan pada 11/06/2009 dirumah Tuan Hj Omar, anak bongsu kepada Allahyarham Haji Ibrahim-Allahyarhamah Zainab Lani. Keputusan mesyuarat tersebut telah melantik ahli-ahli jawatankuasa dan aktiviti tambahan yang bakal diadakan.
  • Pengerusi : Hj Panis Hj Ibrahim
  • Timb Pengerusi : Hj Hasan Hj Ibrahim
  • Penasihat : Hj Ahmad Hj Rahman
  • Setiausaha 1 : Rogaiah Hj Ahmad
  • Setiausaha 2 :Norizah Hj Abd Wahid
  • Setiausaha 3 :Izrynee Asmyee Hj Panis
  • Bendahari :Norzihan Hj Abd Wahid
  • Juruaudit :Norehan Hj Hussain

Mesyuarat juga memutuskan jumlah bayaran adalah seperti berikut:

  • Setiap keluarga = RM 20
  • Anak yang sudah berkahwin = RM 20
  • Anak yang telah bekerja dan belum berkahwin = RM 10

Kegunaan Dana:
  • Menganjurkan majlis perjumpaan keluarga.(kenduri,jamuan,dll)
  • Sumbangan khairat kematian.
  • Sumbangan saguhati untuk anak-anak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT.
  • Sumbangan berfaedah berbentuk amal jariah yang akan diputuskan kelak.
Kaedah Pembayaran:
  • Sumbangan bermula pada bulan JULAI 2009 dan pembayaran hendaklah dibuat sebelum 5 hari bulan pada setiap bulan.
  • Akaun telah dibuka di MAYBANK (acc no - 151397113426) dan sumbangan boleh dibuat dalam bentuk deposit kaunter/Atm transfer/CDM dan memaklumkan kepada juruaudit untuk tujuan pengesahan.
  • Bayaran secara tunai hendaklah diserahkan kepada wakil yang telah dilantik.